27 PERATUS JEMAAH HAJI TAHUN INI MENGAMBIL PAKEJ BERSAMA PJH

\"\"

Makkah,15 Jun (IKIM) –  Musim Haji 1444H menyaksikan Lembaga Tabung Haji (TH) memberi lesen haji kepada 22 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel and Services Sdn Bhd untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2023.

 

Tn Hj Zawawi Hj Bostam, Ketua Bahagian Agensi Haji berkata, “Pada tahun ini, TH menghantar 25 anggota untuk membuat pemantauan ke atas PJH yang ada yang merangkumi tiga pasukan iaitu, dua pasukan di Makkah dan satu pasukan di Madinah”.

 

Tambahnya, seramai lebih 8,500 jemaah haji iaitu 27% daripada keseluruhan Jemaah haji pada tahun ini akan menunaikan haji melalui PJH. Peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sehingga hari ini sudah 5,411 jemaah menggunakan perkhidmatan PJH telah tiba di Makkah.

 

“Ini menunjukkan keyakinan Jemaah untuk menggunakan pakej dan antara kejayaan program promosi yang telah di jalankan. Jemaah ini di tempatkan di 47 hotel di Makkah dan 21 hotel di Madinah.”. Katanya dalam siding media di ibupejabat TH Makkah.

\"\"

Dalam perkembangan lain, pakej ekonomi yang di kenali sebagai Pakej Rahmah Haji yang di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato\’ Setia Dr. Haji Na’im Mokhtar ketika Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023M telah di sambut baik oleh agensi-agensi dan 30% daripada Jemaah yang memilih untuk bersama PJH memanfaatkan pakej tersebut.

 

 

NORHAYATI PARADI

Makkah al Mukaromah untuk Radio IKIM

Scroll to Top