Laman ini dibangunkan khas oleh IKIMfm khusus untuk pendengar yang ingin membuat hebahan berkenaan aktiviti mereka samada aktiviti masjid atau organisasi.

Klik sini untuk membuat Hebahan Baru »

SENARAI SEMUA HEBAHAN


HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Sistem Hebahan Online, sila klik disini

Responsive image
Responsive image
Responsive image
SENARAI HEBAHAN
1. HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TANWIRIAH 2018
Anjuran : UNIT KO-KURIKULUM SMA AT-TANWIRIAH
Tarikh : 19/07/2018 hingga 19/07/2018
Lokasi : PERKARANGAN SEK. MEN. AGAMA AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR

Program HARI KEUSAHAWANAN SEK. MEN. AGAMA AT-TANWIRIAH BAGI TAHUN 2018 akan diadakan bertempat di PERKARANGAN SMA AT-TANWIRIAH PARIT JAWA, MUAR, JOHOR. Pelbagai pameran, gerai, cabutan bertuah dan perkhidmatan yang disediakan. Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran proton, bank islam dan tabung haji, takaful ikhlas, gerai makanan dan minuman, pakaian, food truck, dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai. Masuk adalah percuma. Hubungi 010-4145196 untuk pertanyaan lanjut.

2. HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH, PARIT YUSOF MUAR
Anjuran : Kelab Pelaburan Bijak, PNB Sekolah Menengah Agama Addiniah, Muar
Tarikh : 19/07/2018 hingga 19/07/2018
Lokasi : Perkarangan Sekolah Menengah Agama Ad-diniah, Parit Yusof Muar Johor

Sek. Men Agama Ad-Diniah Parit Yusof, Muar Johor akan menganjurkan program Hari Keusahawanan SMAAD pada tarikh 19 Julai 2018 bermula jam 8 pagi hingga 2 ptg. Program anjuran Kelab Pelaburan Bijak PNB SMAAD dengan kerjasama Permuafakatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK SMAAD) serta sawanah wow ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Jwtnkuasa Pembangunan Usahawan Koperasi & Ekonomi Negeri Johor. InsyaAllah. Pelbagai aktiviti dan gerai menarik menanti.. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

3. DAURAH KITAB PERDANA SIFAT 20 : SUATU PENGENALAN ASAS
Anjuran : KERJASAMA DI ANTARA MIFTAH AL-KHAIR,YAYASAN ISLAM TERENGGANU,MASJID PAK SABAH DAN GALERI ILMU
Tarikh : 20/07/2018 hingga 21/07/2018
Lokasi : MASJID PAK SABAH,DUNGUN,TERENGGANU

Miftah al-Khair dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu,Masjid Pak Sabah dan Galeri Ilmu akan menganjurkan Daurah Perdana Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas bersama Ustaz Muhadir Hj Joll di Masjid Pak Sabah,Dungun,Terengganu pada 20 hingga 21 Julai 2018(Jumaat dan Sabtu)bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang.

4. SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2018
Anjuran : Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah & Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Tarikh : 21/07/2018 hingga 21/07/2018
Lokasi : Institut Kemahiran Negara, Seri Iskandar, Perak

Pejabat Kesihatan Perak Tengah dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengadakan sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri pada 21hb Julai 2018 (sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga 1 tengahari di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar Perak. Aktiviti yang diadakan; Senamrobik Fun-ride (berbasikal) Walkathon War-game memanah Pertandingan mewarna kanak-kanak Saringan & pemeriksaan kesihatan Pemeriksaan pergigian Pameran agensi kerajaan/swasta cabutan bertuah penyertaan percuma!

5. FORUM DHUHA SEMPENA PERAYAAN HARI MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP) KE-44/2018
Anjuran : PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (PERMAI)
Tarikh : 21/07/2018 hingga 21/07/2018
Lokasi : MYDIN BUKIT MERTAJAM

UNDANGAN FORUM DHUHA SEMPENA PERAYAAN HARI MAJLIS KE-44/2018. Sukacita dimaklumkan PERMAI MPSP akan menganjurkan Forum Dhuha bertajuk Kebaikan Di Dunia, Kebaikan Di Akhirat: "Man Jadda Wa Jada" yang akan dikupas oleh Moderator Ustaz Luqmanul Hakim bersama Panel Ustaz Elyas Ismail dan Dato Dr. Izhar di Mydin Bukit Mertajam pada Sabtu ini, 8 Zulkaedah 1439 bersamaan 21 Julai 2018 mulai jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari. Sila like & share FB PERMAI.MPSP untuk info terkini dan datanglah beramai-ramai.

6. KURSUS INTENSIF UMRAH SECARA PERCUM
Anjuran : JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD.
Tarikh : 22/07/2018 hingga 22/07/2018
Lokasi : SURAU AR-RAZI BANDAR PINGGIRAN SUBANG

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS UMRAH INTENSIF SECARA PERCUMA. TIADA YURAN DIKENAKAN.!! KURSUS ANJURAN JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD DENGAN KERJASAMA SURAU AR-RAZI, BANDAR PINNGIRAN SUBANG. TARIKH : 22 JULAI2018 (AHAD) MASA. : 9 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : SURAU AR-RAZI, BANDAR PINGGIRAN SUBANG. MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR. UNTUK PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI/WHATSAPP TALIAN 013-6011500 / 019-2886846

7. SHAYKH MUHAMMAD BIN YAHYA AL-NINOWY - ALLAH'S LOVE FOR US
Anjuran : Madina Institute Malaysia And FaithWorks
Tarikh : 23/07/2018 hingga 23/07/2018
Lokasi : Pearl Function Room, PNB Perdana Hotel & Suites, 10 Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Special Talk by Shaykh Muhammad Bin Yahya Al-Ninowy on Allah's Love For Us. The talk is open to all. No restrictions, no dress code and no payment required. Seats are limited. Please register at https://mytouroflove.eventbrite.com

8. SEMINAR MENJADI PEKERJA YANG AWESOME
Anjuran : QTCC Universiti Sultan Azlan Shah
Tarikh : 26/07/2018 hingga 26/07/2018
Lokasi : Kinta Riverfront Hotel Ipoh, Perak

QTCC Universiti Sultan Azlan Shah akan menganjurkan seminar " Menjadi Pekerja Yang Awesome" bersama Dato Dr. Hj Fadzilah Kamsah pada 26 Julai di Ipoh,Perak. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 057732282 atau 0195153730 untuk maklumat lanjut.

9. MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SMK TAMAN DESA 2
Anjuran : PIBG SMK TAMAN DESA 2
Tarikh : 27/07/2018 hingga 27/07/2018
Lokasi : SMK TAMAN DESA 2, RAWANG

Pibg SMK Taman Desa 2, Rawang akan menganjurkan majlis makan malam amal pada 27 Julai 2018 bertempat di Dewan Aspirasi STAND2, Artis yang akan turut serta pada malam tersebut ialah Caliph Busker. Jom ramai-ramai hadir dan memeriahkan majlis sambil beramal. sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Pn. Nor Mariha di talian 013-345 8357

10. PROGRAM SARINGAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Anjuran : UNIT AUDIOLOGI DAN TERAPI PERTUTURAN-BAHASA HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN DAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH
Tarikh : 28/07/2018 hingga 28/07/2018
Lokasi : RUANG LEGAR ARAS G, SEREMBAN PRIMA

UNIT AUDIOLOGI DAN TERAPI PERTUTURAN-BAHASA HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN DAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH AKAN MENGADAKAN PROGRAM SARINGAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BERTEMPAT DI RUANG LEGAR ARAS G, SEREMBAN PRIMA PADA 28 JULY BERMULA 10 PAGI HINGGA 3 PETANG. SARINGAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN AKAN DIJALANKAN SECARA PERCUMA. TURUT DIADAKAN PEMERIKSAAN TELINGA DAN PAMERAN POSTER. DATANGLA BERAMAI-RAMAI. MASUK ADALAH PERCUMA!

Responsive image