mau’izati

Mereka Yang Dijanjikan Syurga Oleh Al-Quran & Hadis

DI DALAM kehidupan manusia, mereka diberi dua pilihan oleh Allah SWT iaitu sama ada ke syurga atau neraka. Al-Quran menggambarkan ahli syurga sebagai orang yang sentiasa beriman dan beramal salih. Iman atau keyakinan perlu ditanam sebagaimana pesanan Rasulullah SAW, iman tidak diperolehi dengan berangan-angan tetapi iman adalah apa yang diikrarkan di dalam hati dan dizahirkan dengan […]

Mereka Yang Dijanjikan Syurga Oleh Al-Quran & Hadis Read More »

Darjat Tertinggi Di Syurga

Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW agar menerangkan kepada mereka bagaimana sifat dan ciri-ciri syurga sebagaimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tarmizi dan al-Darimi. Baginda menceritakan batu-bata syurga diperbuat daripada emas dan perak, simennya daripada kasturi yang harum baunya, kerikil dan pasir terdiri daripada permata yakut. Rasulullah bersabda lagi,

Darjat Tertinggi Di Syurga Read More »

Berlari Mengejar Syurga

ALLAH SWT mengingatkan hambanya agar bersegera untuk memohon keampunan di atas dosa-dosa mereka, kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan syurga itu seluas di antara langit dan juga bumi bagi mereka yang bertakwa kepada-Nya. Orang yang pertama membuka pintu syurga ialah Nabi Muhammad SAW, setelah seluruh manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar dan kemudian mereka melewati telaga kauthar serta

Berlari Mengejar Syurga Read More »

Mengenali Penghuni Syurga di Dunia

PERNAH suatu ketika sahabat-sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, adakah manusia di atas dunia ini mengenali sama ada di kalangan mereka itu tergolong di antara ahli syurga atau neraka. Baginda mengiyakan pertanyaan itu, disusuli pandangan para sahabat, untuk apakah lagi manusia beramal sedangkan sudah diketahui mereka menghuni syurga atau neraka. Rasulullah SAW menjawab bahawa setiap orang

Mengenali Penghuni Syurga di Dunia Read More »

Berjalan ke Syurga

ALLAH SWT menjanjikan syurga kepada setiap manusia yang bertakwa, taat kepada perintah-Nya malah mengharungi perjalanan kehidupan yang dipenuhi ranjau dan ujian dengan penuh redha dan sabar. Rasulullah sendiri sering menyampaikan khabar melalui para sahabat, sebagai suntikan semangat kepada umatnya agar tidak berputus asa di dalam melakukan amalan dan mentaati perintah Allah. Syurga merupakan pengakhiran yang baik

Berjalan ke Syurga Read More »

Hari-hari Terakhir di Neraka

DIKATAKAN sekiranya di dalam kehidupan seharian manusia, mereka memohon dan berdoa kepada Allah agar dimasukkan ke dalam syurga sebanyak tiga kali setiap hari, nescaya syurga itu akan menyebut kepada Allah agar hambanya itu dimasukkan ke dalamnya kelak. Malah jika manusia sentiasa berdoa agar Allah melindungi mereka daripada azab neraka sebanyak tiga kali sehari, nescaya neraka

Hari-hari Terakhir di Neraka Read More »

Pertengkaran Ahli Neraka di Hadapan Allah

PERTENGKARAN yang berlaku di kalangan manusia tidak pernah berhenti sehinggalah ketika mereka kembali menghadap Allah SWT pada hari akhirat kelak malah keadaan ini berlanjutan sehinggalah berada di dalam neraka. Mereka berasa tidak berpuas hati terhadap balasan yang diterima dan menyalahkan sesama sendiri sewaktu dihumban ke neraka. Allah SWT berfirman, “Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada

Pertengkaran Ahli Neraka di Hadapan Allah Read More »

WhatsApp
Scroll to Top