SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

MAKKAH, 22 Jun (IKIM) – Seorang lagi jemaah haji Malaysia disahkan telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataannya, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah Hajah Siti Meriam binti Shahbudin yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Almarhumah, yang berusia dan berasal dari Johor, merupakan jemaah daripada KT084, Maktab 84B, dan menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah.

Menurut beliau, pihak Lembaga Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan jenazah dengan sempurna mengikut prosedur serta hukum syarak yang ditetapkan.

Mohd Na’im turut mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat, segala amal ibadah hajinya diterima Allah SWT, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada waris dan ahli keluarga serta berdoa agar mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ

WhatsApp
Scroll to Top