PERDANA MENTERI RASMI RESTU GLOBAL QURANIC ARTS FESTIVAL

Kuala Lumpur, 24 Feb (IKIM) – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian “Restu Global Quranic Arts Festival di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

Festival yang bertemakan Gaya Hidup Islami ini bertujuan mempromosikan Islam sebagai sebahagian daripada gaya hidup di samping menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap ajaran al-Quran melalui medium seni.

Turut hadir dalam majlis perasmian Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan beliau sempat beramah mesra bersama kakitangan IKIM di reruai IKIM yang menyertai pameran.

Festival yang bermula dari 23 Februari hingga 3 Mac ini turut membawakan siaran langsung IKIMfm Dari Konti ke Pentas antaranya Kitab Bicara Darah Wanita, Pesona D’Zahra, Cinta Palestin, Imanuna dan Usrah Nurani.

IKIMfm merupakan media rasmi festival ini dan acara kemuncak bersama IKIMfm pada 4 Mac iaitu Majlis Penjenamaan Semula dan Pelancaran Logo IKIMfm pada pukul 2.00 petang.

Scroll to Top