Kuala Lumpur, 22 Julai (IKIM) – Radio Komersial Malaysia (CRM) mengumumkan pemilihan semula Nazri Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio sebagai Presiden dan Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Radio Kita Sdn Bhd dilantik sebagai Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 CRM.
Mesyuarat itu turut melantik semula Rizal Sahimy, Pengurus Besar Suara Johor Sdn Bhd sebagai Setiausaha Kehormat dan Maslina Alias, Pengurus Berita Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) sebagai Bendahari Kehormat.
Pelantikan kali ini adalah untuk dua penggal iaitu selama dua tahun.
Ditubuhkan pada tahun 1994, CRM dahulunya dikenali sebagai MACRO (Persatuan Radio Komersial Malaysia Operator) merupakan persatuan utama Malaysia untuk pengendali radio komersial memainkan peranan penting dalam memajukankepentingan industri penyiaran dalam negara.