MISI KONVOI MUSAADAH AL-FALAH MADANI KUMPUL SUMBANGAN BANJIR RM7.75 JUTA DARI AGENSI AGAMA

Disediakan oleh: Maslina Alias

PUTRAJAYA, 4 Dis (IKIM) – Sebanyak RM7,750,000 juta sumbangan berjaya dikumpulkan daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khusus bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam ucapan perasmian peluncuran Misi Konvoi Musaadah Al-Falah MADANI berkata inisiatif yang membawa konvoi ini akan bergerak ke negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Selepas bergerak ke Pantai Timur insya Allah selepas ini Misi Konvoi Musaadah Al-Falah MADANI akan ke negeri-negeri lain yang terlibat banjir di seluruh negara untuk membantu mangsa banjir sama ada dari segi dana ataupun kita hantar jentera bantuan ke kawasan terjejas,” katanya.

Mohd Na’im mengucapkan terima kasih kepada semua agensi agama dan sukarelawan yang membantu menjayakan misi konvoi in serta mendoakan keselamatan mereka semasa menjalankan misi bantuan mangsa banjir ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang menyumbang dari segi kewangan dan juga sukarelawan dari segi kerahan tenaga sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak,” beliau berkata demikian semasa merasmikan peluncuran Misi Konvoi Musaadah Al-Falah MADANI di Putrajaya hari ini.

Turut hadir pada majlis ini Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan ketua-ketua agensi agama.

Sumbangan terbesar diterima daripada MAIWP RM7 juta, Tabung Musaadah JAKIM dan Yayasan Waqaf  Malaysia RM450,000, Yayasan Taqwa RM RM200,000, dan Lembaga Tabung Haji RM100,000.

WhatsApp
Scroll to Top