MISI BANTUAN AI-CHA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI UTARA

KUALA LUMPUR, 12 Dis (IKIM) — Lebih 6,000 pek bantuan diagihkan kepada keluarga yang terjejas banjir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menerusi misi bantuan banjir Ai-CARE yang digerakkan Ai-CHA pada 5 dan 6 Disember lalu.

Inisiatif selama dua hari itu melibatkan agihan bantuan bernilai kira-kira RM100,000 merangkumi mi segera, uncang teh dan baucar tunai Ai-CHA ke 12 lokasi termasuk sekolah, rumah kebajikan, masjid dan pusat komuniti.

Antara penerima bantuan ialah SK Kampung Bahagia, SK Sultan Abdul Aziz, Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Masjid Zahir, Masjid Al-Bukhari, Rumah Teduh Perlis, Superkids Care Centre serta institusi komuniti lain yang terjejas.

Selain membantu keluarga yang terkesan, misi ini turut menumpukan sokongan kepada pengusaha cawangan Ai-CHA di utara yang dilanda banjir .

Sekurang-kurangnya lima cawangan mengalami kerosakan, mendorong ibu pejabat Ai-CHA menyalurkan bekalan asas bernilai lebih RM13,000 kepada semua 92 cawangan terlibat serta baucar tunai RM15,000 kepada lima cawangan yang rosak bagi membantu proses pemulihan operasi dengan sumbangan tambahan meliputi RM5,000 bagi kos logistik dan RM10,000 untuk kakitangan yang turut terjejas.

Bagi mengembalikan semangat perniagaan dan memberikan peluang kepada masyarakat menikmati minuman kegemaran mereka, Ai-CHA memperkenalkan promosi istimewa bermula 15 hingga 21 Disember.

Misi CSR ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Ai-CHA dengan seramai 15 sukarelawan dikerahkan untuk mengurus penghantaran bantuan.

Pengurus Besar Wilayah, Vincent Ong Wei Ho, berkata Ai-CARE mencerminkan komitmen Ai-CHA untuk menyalurkan kembali rezeki yang diterima kepada masyarakat.

“Apabila komuniti kita ditimpa musibah, kita tidak boleh sekadar melihat tanpa berbuat apa-apa. Penduduk di negeri-negeri ini sentiasa menyokong perniagaan kami, dan melalui misi ini kami mahu mereka tahu bahawa kami menghargai kesetiaan mereka,” katanya.

Turut hadir Pengurus Negara bagi Semenanjung Malaysia dan Singapura, Low Hon Yau.

Diasaskan pada 2019 oleh adik-beradik Lie dari Indonesia, Ai-CHA kini berkembang pesat dan beroperasi di 31 negara merentasi Asia dan Afrika.

WhatsApp
Scroll to Top