PETALING JAYA, 9 Jun 2025 – Gabungan unik dunia kopi dan permainan video mencetuskan fenomena baharu apabila Luckin Coffee melancarkan Fruity Series, koleksi minuman kopi berasaskan buah-buahan yang mencabar cita rasa tradisional, sambil berkolaborasi bersama platform permainan popular Honor of Kings (HOK).
Pelancaran rasmi Fruity Series yang berlangsung di cawangan Luckin Coffee Sunway Pyramid pada 8 Jun diserikan dengan kehadiran dua cosplayer terkenal, Angellowee dan Lea, yang menghidupkan watak Shi dan Yao daripada HOK.

Fruity Series menampilkan minuman seperti Orange Americano yang menggabungkan rasa segar sitrus dengan espresso lembut, dan Grape Fizzy Americano yang berkarbonat manis serta menyegarkan dan siri ini kini boleh didapati di semua cawangan Luckin Coffee seluruh negara, kecuali Pavilion Damansara Heights dan AEON Maluri.
Menambah keterujaan, Luckin turut melancarkan barangan eksklusif edisi terhad hasil kolaborasi dengan HOK dari 6 hingga 30 Jun 2025 terdiri daripada barangan seperti pop socket, gantungan telefon, dan pelekat holografik menjadi rebutan peminat.
Tiga pakej kombo ditawarkan:
- Kombo Solo Buff (RM12): 1 minuman Fruity Series + 1 pop socket/gantungan telefon
- Kombo Duo Buff (RM20): 2 minuman (kombinasi Fruity Series atau bestseller) + 1 barangan eksklusif
- Kombo Fruity Boost (RM18): 2 minuman Fruity Series + pelekat holografik
Sebagai ganjaran kepada peminat aktif media sosial, Luckin memperkenalkan kempen “Buff Up With Luckin” dari 6 hingga 8 Jun.

Seramai 100 pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee HOK dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin dan tag akaun rasmi Luckin serta Honor of Kings Malaysia layak menerima Pakej Buff Up yang mengandungi minuman percuma Fizzy Grape Americano, baucar Beli 1 Percuma 1, dan dua kupon diskaun 40% yang boleh ditebus melalui aplikasi Luckin selepas pengesahan kakitangan.
“Kami faham generasi muda mahukan lebih daripada sekadar kopi, mereka mahukan pengalaman yang menghiburkan, bergaya dan berkait rapat dengan budaya digital mereka. Kolaborasi bersama Honor of Kings ini membuktikan bahawa kami bukan sekadar kafe, tetapi pencetus trend gaya hidup,” kata wakil Luckin Coffee Malaysia.
Dengan pendekatan berani dan penuh kreativiti, Luckin Coffee terus menambat hati anak muda Malaysia, membina komuniti pencinta kopi moden yang dinamik, berjiwa muda dan tidak takut mencuba sesuatu yang baharu.
Kolaborasi dengan Honor of Kings ini bukan sahaja memperkenalkan produk baharu, tetapi juga membawa pengalaman interaktif dan budaya pop ke dalam dunia kopi.