“KINI, PRODUK MR D.I.Y. TAHAN LEBIH LAMA” AJAK RAKYAT MALAYSIA RASAI KUALITI DAN NILAI JENAMA

KUALA LUMPUR, 1 Oktober (IKIM) – Pernah terfikir bagaimana rasanya berada di dalam sebuah periuk nasi? MR D.I.Y. menghidupkan imaginasi itu dengan membawakan pop-up store unik berbentuk periuk nasi gergasi setinggi 16 kaki di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada inisiatif terbarunya, “Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama.”

Direka secara interaktif dan menghiburkan, pop-up ini dilengkapi dengan “wap naik,” muzik rancak, dan aktiviti mesra keluarga, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan sambil menyampaikan mesej utama MR D.I.Y.: produk yang berkualiti, tahan lama dan bernilai untuk wang.

Periuk nasi gergasi ini melambangkan kepercayaan, ketahanan dan keselesaan harian, nilai yang sinonim dengan jenama MR D.I.Y.

Produk jenama ini telah disahkan oleh badan-badan kualiti nasional dan antarabangsa termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelengkapan air, SIRIM bagi standard keselamatan dan kualiti, Pensijilan COC EN71 untuk keselamatan mainan, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk peralatan multimedia.

Dari 1 hingga 12 Oktober 2025, pengunjung ke Bukit Bintang boleh menjelajah pop-up ini, mendapatkan barangan eksklusif, serta menikmati diskaun menarik untuk pelbagai produk MR D.I.Y. termasuk periuk nasi elektrik, cerek elektrik, seterika, soket sambungan, fon kepala, kipas USB, mentol lampu, pembesar suara bluetooth, dan fon telinga.

Majlis pelancaran disemarakkan dengan persembahan tarian daripada 20 maskot PANDAi, sekaligus memperkenalkan barangan edisi terhad siri plushie mini BUDDiY yang terdiri daripada Steamie si periuk nasi, Sizzy si seterika, dan A-Ha! si mentol.

Beg silang PANDAi yang dijual pada harga RM25.90 turut ditawarkan secara eksklusif di pop-up ini. Pengunjung yang berbelanja RM25 ke atas layak menerima satu plushie mini BUDDiY secara percuma.

“Produk-produk ini mencerminkan siapa kami, sebuah jenama yang kreatif, mudah diakses, dan sentiasa memikirkan pelanggan,” kata Alex Goh, Naib Presiden, Pemasaran, Kumpulan MR D.I.Y.

Inisiatif “Kini, Produk MR D.I.Y. Tahan Lebih Lama” turut dilaksanakan di lebih 1,500 cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, dengan promosi khas bagi produk-produk yang memenuhi standard kualiti yang diperakui.

WhatsApp
Scroll to Top