KELAB IKIM ANJURKAN GOTONG-ROYONG KORBAN BERSAMA WARGA IKIM

Kuala Lumpur, 19 Jun (IKIM) – Kelab Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Surau IKIM hari ini menganjurkan program gotong-royong korban IKIM di ruang parkir IKIM, di sini.

Pengerusi Kelab IKIM, Atiqurrahman Rosdi berkata program korban pada tahun ini disertai oleh 14 warga kerja IKIM, ahli keluarga dan juga sanak saudara warga IKIM.

Atiqurrahman berkata program gotong-royong ini mendapat sambutan daripada seluruh warga IKIM bermula seawal pagi dengan penyembelihan dua ekor lembu dan diikuti dengan gotong-royong memasak bagi meraikan warga IKIM yang bersama-sama terlibat dalam program pagi ini.

Beliau berkata pengagihan korban ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil kepada peserta, asnaf dari warga IKIM dan juga beberapa asnaf di luar IKIM yang telah dikenalpasti.

Beliau berkata program sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga IKIM tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama erat di kalangan warga IKIM dan berharap program ini akan mendapat lebih sambutan pada tahun hadapan dengan lebih pengagihan dapat dilakukan kepada golongan yang memerlukan..

WhatsApp
Scroll to Top