PUTRAJAYA, 28 Jan (IKIM) — Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan pendirian tegas menolak sebarang usaha menormalisasikan LGBT kerana bercanggah dengan ajaran agama, moral serta nilai masyarakat di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, kenyataan itu susulan perhatian orang ramai terhadap jawapan bertulis beliau di Parlimen berkaitan faktor keterlibatan gejala tersebut.
Beliau turut mengajak ahli Parlimen dan masyarakat agar merujuk jawapan penuh yang dikemukakan serta mengamalkan prinsip tabayyun bagi mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan dalam konteks yang menyeluruh.
Menurutnya, pendekatan berlandaskan kefahaman yang betul penting bagi memastikan perbincangan isu ini tidak disalah tafsir serta selari dengan nilai dan prinsip Islam serta norma masyarakat.




