FORUM GLOBAL MADANI 2024 MEMANGKIN KEBANGKITAN TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Kuala Lumpur, 10 Julai – Forum Global Madani anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Penubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) berusaha menjadi pemangkin dalam memperluas visi Madani sebagai medium kepada pemangkin kebangkitan peradaban yang telah lama bertapak dalam peradaban Islam dan Asia.

Dengan mengumpulkan tokoh-tokoh terpilih dan pemimpin pemikiran, Forum Global Madani bertujuan untuk meletakkan Malaysia secara strategik sebagai penggerak peradaban dalam dunia Islam sehingga setanding bersama peradaban-peradabanbesar lainnya di dunia.

Dalam ucapan aluan, Pengerusi Insttut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty berkongsi inspirasi beliau antaranya forum ini dalam meneroka pelbagai dimeni strategi dalam membangkitkan peradaban baharu dunia Islam yang telah diwariskan oelh ilmuwan Islam terdahulu. 

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty ketika ditemui berita IKIMfm mengharapkan penganjuran ini banyak memberi faedah kepada masyarakat terutama dalam aspek pemikiran Islam yang lebih saintifik dan memahami tamadun serta gagasan Malaysia Madani.

Beliau turut mengharapkan gagasan Madani yang dibincang menerusi forum ini dapat difahami bukan sekadar masyarakat Malaysia bahkan diperingkat ASEAN dan akhirnya di peringkat antarabangsa dengan enam prinsip Madani dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa bagi menyelesaikan pelbagai masalah sosial masyarakat hari ini.

Forum pada hari pertama turut disertai oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia membicarakan strategi menghidupkan tamadun Islam dan Asia dalam 100 tahun akan datang. 

Program yang berlangsung selama dua hari ini turut boleh ditonton menerusi platform www.tvikim.my

WhatsApp
Scroll to Top