Akademik Aktivis
PERANAN akademik ialah menggali ilmu dan mencerahkan ilmu bagi tujuan bermanfaat. Daripada ilmu itu juga dibina sesuatu yang baharu dan baik; menyatakan yang benar dan membetulkan yang salah. Tujuan ilmu yang luhur ialah mendekatkan diri manusia kepada al-Khaleq. Al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumiddin menulis, “pendidiklah yang bekerja menyempurnakan, membersihkan, mensucikan dan membawakan hati itu mendekati Allah […]