Mohd Faiz Hj. Othman

PERLU PENDEKATAN MENYELURUH BERASASKAN IMAN DAN SAINS DALAM TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL

BANGI, 7 Julai (IKIM) – Persidangan Global Kesihatan Mental Muslim (GMMHC) 2025 membuka tirainya hari ini dengan menekankan kepentingan pendekatan yang menyeluruh berasaskan iman dan sains dalam menangani isu ketagihan serta kesihatan mental dalam komuniti Muslim. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata Islam memandang serius […]

PERLU PENDEKATAN MENYELURUH BERASASKAN IMAN DAN SAINS DALAM TANGANI ISU KESIHATAN MENTAL Read More »

IKIMfm : 24 JAM SELAMA 24 TAHUN, TANPA JEMU MENYEBAR KEFAHAMAN ISLAM. 

6 Julai setiap tahun, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meraikan ulangtahun penubuhannya. Menjangkau usia 24 tahun ini, pelbagai kejayaan  dalam dan luar negara telah berjaya diraih IKIMfm. Ini membuktikan IKIMfm kekal relevan menyediakan kandungan yang mendidik pendengar dengan pengisian yang memberi kefahaman Islam sebenar tanpa ketepikan aspek hiburan santai yang tidak menyesakkan.  Sempena ulangtahun

IKIMfm : 24 JAM SELAMA 24 TAHUN, TANPA JEMU MENYEBAR KEFAHAMAN ISLAM.  Read More »

FELOW UTAMA IKIM TERIMA ANUGERAH IMAM AL-GAZALI HARI ULAMA NEGERI SEMBILAN

PORT DICKSON, 5 Julai (IKIM) – Felow Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Mohd Farid Mohd Shahran menerima Anugerah Imam Al-Ghazali pada Majlis Hari Ulama Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H.  Anugerah disampaikan oleh Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Haji Alias di Masjid Kariah Teluk

FELOW UTAMA IKIM TERIMA ANUGERAH IMAM AL-GAZALI HARI ULAMA NEGERI SEMBILAN Read More »

MAIWP, YDN SALUR RM2.41 JUTA ZAKAT BAGI PROGRAM MAKANAN TAMBAHAN DAN KEMUDAHAN PELAJAR ISTIMEWA

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) hari ini melancarkan Program Makanan Tambahan (PMT) dan Bilik Integrasi Sensori, memanfaatkan dana zakat berjumlah RM2.41 juta demi kesejahteraan pelajar asnaf dan murid berkeperluan khas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

MAIWP, YDN SALUR RM2.41 JUTA ZAKAT BAGI PROGRAM MAKANAN TAMBAHAN DAN KEMUDAHAN PELAJAR ISTIMEWA Read More »

TOKOH TAKAFUL, DATO’ FADZLI TOKOH MAAL HIJRAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1447H

KUALA LUMPUR, 3 Julai (IKIM) – Tokoh terkemuka industri takaful, Dato Mohd Fadzli Yusof dinobatkan sebagai Penerima Tokoh Utama Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1447H/2025 Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.  Beliau yang juga antara pengasas Takaful Malaysia berkata penganugerahan ini diterima dengan penuh rasa hormat dan merupakan satu

TOKOH TAKAFUL, DATO’ FADZLI TOKOH MAAL HIJRAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1447H Read More »

IKIM DAN UIAM JALIN KERJASAMA TINGKAT PENYELIDIKAN

GOMBAK, 2 Julai (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal membuka lembaran baharu dalam kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi. Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata kerjasama ini akan menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak meneroka

IKIM DAN UIAM JALIN KERJASAMA TINGKAT PENYELIDIKAN Read More »

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI DILANTIK PRESIDEN UIAM KE-10 

KUALA LUMPUR, 1 Julai -Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-10 bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang tamat tempoh sebagai Presiden UIAM kesembilan semalam. Lantikan

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI DILANTIK PRESIDEN UIAM KE-10  Read More »

UMAT ISLAM DIINGATKAN AGAR TIDAK BERPECAH BELAH – SULTAN NAZRIN

PUTRAJAYA, 1 Julai (IKIM) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan umat Islam dan orang Melayu masa kini yang semakin berpecah belah, lebih gemar mendedahkan kelemahan sesama sendiri, dan kurang keupayaan menghimpun kekuatan bersama. Baginda bertitah mengajak umat Islam menjadikan sambutan tahun baru Hijrah dan ulang tahun kemerdekaan negara ke-68 sebagai

UMAT ISLAM DIINGATKAN AGAR TIDAK BERPECAH BELAH – SULTAN NAZRIN Read More »

MENTERI AGAMA KESAL TINDAKAN AMBIL TANAH KUBUR UNTUK ‘BERKAT’

PUTRAJAYA, 29 Jun (IKIM) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar kesal dengan tindakan segelintir individu yang didakwa mengambil tanah dari pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, seorang mangsa kemalangan ngeri di Jala Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas kononnya untuk tujuan mendapatkan “berkat”.

MENTERI AGAMA KESAL TINDAKAN AMBIL TANAH KUBUR UNTUK ‘BERKAT’ Read More »

WhatsApp
Scroll to Top