ST ROSYAM MART ANJUR JELAJAH MEDIA PERTAMA DI CAWANGAN JAKEL SQUARE

KUALA LUMPUR, 28 Jan 9IKIM) — ST Rosyam Mart, pasar raya borong halal 24 jam di bawah Sri Ternak Group, menganjurkan Jelajah Media Supermarket pertamanya semalam di cawangan Jakel Square bagi memperkenalkan konsep, rangkaian produk serta komitmen terhadap harga mampu milik kepada wakil media.

Cawangan Jakel Square yang dibuka pada 17 Disember 2025 merupakan pasar raya kesembilan ST Rosyam Mart dan kedua di ibu negara, meliputi keluasan 50,000 kaki persegi serta menampilkan zon ‘Malaysia Selection’ pertama yang menghimpunkan snek, minuman, hadiah dan cenderamata buatan tempatan, selain kawasan barangan pukal, kafe, kaunter layan diri dan zon khidmat pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak Group, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann berkata, pihaknya berbesar hati menyambut kehadiran rakan media ke ST Rosyam Mart Jakel Square yang menawarkan destinasi beli-belah sehenti kepada rakyat Malaysia dan pelancong dengan gabungan kemudahan, harga berpatutan serta sokongan terhadap produk tempatan.

Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor turut membawa wakil media meninjau ciri unik pasar raya itu termasuk Malaysia Selection, Celebrity Corner, kaunter layan diri serta 21 Perkhidmatan Percuma yang disediakan kepada pelanggan.

Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Misi Mencari Raja Konten, pertandingan penciptaan kandungan sempena pelancaran cawangan Jakel Square, yang menyaksikan Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid, 32, diumumkan sebagai pemenang utama dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Lima pemenang lain masing-masing menerima RM2,000 bagi kategori Most Likes (Mohamad Ieman Iezqill Mustafa Kamal), Most Engaging (Nur Azroy Amirzan), Most Entertaining (Cedric Loo Jun Jie), Most Creative Editing (Muhammad Shazwan Jamal) dan Best Educational Content (Ainul Mardiah Azman).

Jurugambar: Muhammad Zakwan Annuar

WhatsApp
Scroll to Top