KUALA LUMPUR, 27 Jan (IKIM) — Jenama kesejahteraan tempatan, Onecare, meluaskan kehadirannya ke pasaran runcit Malaysia dengan pembukaan kedai fizikal pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur selepas berjaya membina reputasi di peringkat antarabangsa.
Onecare yang diasaskan pada 2009 di Malaysia dan Singapura kini mempunyai kehadiran di beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Hong Kong, Vietnam, Filipina serta negara-negara Timur Tengah.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Onecare, Tan Lai Yan pembukaan cawangan tersebut selari dengan perubahan corak pengguna tempatan yang semakin mementingkan kualiti, kredibiliti serta keberkesanan jangka panjang produk kesejahteraan.

Tan berkata, pendekatan berteraskan pelanggan serta komitmen terhadap standard ramuan berkualiti menjadi teras kejayaan syarikat.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa jenama tempatan mampu bersaing dan diterima di peringkat global.
Menerusi cawangan baharu itu, Onecare menawarkan rangkaian produk merangkumi kesihatan wanita, nutrisi kecantikan, sokongan kesihatan usus dan metabolik, imuniti serta kesejahteraan gaya hidup.
Selain Pavilion Kuala Lumpur, Onecare turut membuka cawangan di Pavilion Bukit Jalil dan merancang pembukaan cawangan ketiga di 1 Utama, Petaling Jaya dalam masa terdekat.
Jurugambar: Nazatul Hazirah Azlee




