MUSLIM PRO LANCAR STORIES BY MUSLIM PRO: HAB PENCERITAAN DIGITAL GLOBAL

KUALA LUMPUR, 9 Sept (IKIM) – Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, hari ini melancarkan inisiatif kandungan baharu Stories by Muslim Pro, sebuah hab kreatif yang menghimpunkan kisah autentik, perspektif pelbagai, dan naratif berasaskan pengalaman masyarakat Muslim di seluruh dunia.

Pelancaran rasmi diadakan melalui sesi diskusi panel bertajuk “Storytelling in the Digital Era” yang menampilkan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Pro, Nafees Khundker bersama pembikin filem tersohor Abrar Hussain, yang dikenali menerusi karya One Day in the Haram dan One Night in Al Aqsa turut diumumkan sebagai juri pertandingan filem pendek global Stories of the Beloved.

Muslim Pro kini bukan sekadar aplikasi utiliti keagamaan, tetapi teman budaya dan rohani untuk jutaan pengguna.

Stories by Muslim Pro membuka bab baharu dengan mengetengahkan kisah-kisah yang menginspirasi dan menyatukan umat Islam merentas geografi, budaya dan generasi, kata Nafees.

Sebagai pembuka tirai, platform ini menampilkan tayangan perdana dokumentari Madina: The Enlightened City arahan Abrar Hussain.

Dokumentari tersebut akan tersedia secara eksklusif melalui Muslim Pro mulai 1 Oktober dengan pra-belian dibuka pada 11 September.

“Kisah yang kita ceritakan membentuk jati diri dan cara kita berhubung. Menerusi Madina: The Enlightened City, saya ingin merakam keindahan dan sejarah kota ini serta nilai kemanusiaan dan pengabdian yang menjadikannya luar biasa,” ujar Abrar.

Selain itu, Stories by Muslim Pro turut memperkenalkan festival digital global Stories of the Beloved, yang membuka ruang kepada pembikin filem profesional serta pencipta kandungan harian untuk menzahirkan keindahan iman dalam kehidupan moden.

Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh barisan juri antarabangsa termasuk pencipta kandungan digital Malaysia, Fikri ZamRi.

Muslim Pro juga mengundang umat Islam seluruh dunia untuk mengundi bagi UGC Shorts Viewer’s Choice Award menerusi aplikasi Muslim Pro mulai 9 hingga 21 September.

Semua kandungan Stories by Muslim Pro boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dan platform video Qalbox, dengan sokongan rasmi daripada Gobi Partners.

Untuk maklumat lanjut atau memuat turun aplikasi, layari www.muslimpro.com.

WhatsApp
Scroll to Top