JEMAAH HAJI MENINGGAL DI MEKAH AKIBAT SERANGAN JANTUNG – MOHD NA’IM

PUTRAJAYA, 19 Mei (IKIM) – Seorang jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia di Tanah Suci pagi tadi akibat serangan jantung, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Allahyarham Abdullah bin Mat, 59, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Makkah.

Beliau merupakan jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Abraj Al Janadriyah, dan ditemani isterinya, Sarifah Hassan sepanjang perjalanan haji ini.

Menurut Mohd Na’im dalam sebuah hantaran di laman sosial Facebook, pihak Tabung Haji akan menguruskan perlaksanaan badal haji untuk allahyarham serta urusan-urusan berkaitan lain dengan sebaiknya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya.

Disediakan oleh Husna Fathiyyah Mohd Fairuz

WhatsApp
Scroll to Top