Disediakan oleh: Maslina Alias
KUALA LUMPUR, 4 Dis (IKIM) – Al Bukhary International University dinobatkan sebagai Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’ dalam pertandingan
Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) Harmoni 2024 Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Video yang memaparkan mesej mengenai kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam berbuat baik antara satu sama lain itu membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi dan sijil penyertaan.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.
Türüt hadir dalam majlis ini Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil; Pengerusi FINAS, Dato’ Kamil Othman dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail.
Pertandingan ini telah mendapat 125 penyertaan daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta dan daripada jumlah itu hanya lapan telah mara ke peringkat akhir setelah melalui saringan oleh penilai profesional.
Naib johan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, tempat ketiga juga dari UPSI RM5,000 manakala lima pemenang saguhati masing-masing membawa pulang RM1,000 setiap kumpulan.
VIPKI kali ini mendapat penajaan daripada Yayasan Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
IKIM berharap pertandingan seperti ini akan terus menjadi platform untuk memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat melalui medium seni kreatif.