Kuala Lumpur, 23 Okt (IKIM) – Institut Kefahaman islam Malaysia (IKIM) hari ini mengadakan acara Gotong Royong Perdana di persekitaran dan ruang pejabat IKIM.
Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata tujuan gotong royong ini adalah untuk melestarikan alam sekitar sejajar dengan budaya 7K, 5K dan 5S.
Mohamed Azam berkata dengan kebersihan dan keunikan bangunan ikim, tetamu yang berkunjung ke IKIM rasa terpersona dengan kehijauan dan kecantikan lanskap IKIM.
Beliau menekankan kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar di samping warga IKIM juga dapat menjaga kesihatan supaya dapat menjalankan tugasan dengan sebaiknya.
“Saya harap semua warga IKIM sentiasa jaga kesihatan sebab itulah saya wajbkan kepada mereka yang dah berumur 40 tahun dan ke atas untuk buat saringan kesihatan dan kalau mereka tak buat, saya minta Bahagian Sumber Manusia untuk tanya kepada mereka kenapa tak buat.
Beliau berharap dengan pelaksanaan program gotong royong ini dapat dijalankan dengan jaya dan dengan nilai 7K, 5K dan 5S akan memberikan motivasi kepada warga ikim untuk terus bekerja dalam suasana yang tenang dan aman kerana persekitaran yang bersih akan memberi impak positif kepada persekitaran.
Program Gotong Royong Perdana yang diselaraskan oleh Pegawai Tadbir Kanan, Hajah Ramlah Mohd Yunos ini dimulakan dengan senaman diketuai oleh Wan Muhamad Afiq Wan Azedan.