Cyberjaya, 29 April (IKIM) – Perasmian Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Tuan Haji Azman Adnan di Cyberjaya hari ini merupakan tahun ke-41 acara ini dilancarkan di Malaysia dan Asia Tenggara.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) merupakan pengelola Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia.
PBAKL yang dikenali sebagai acara utama tahunan dalam kalendar penerbitan tempatan merupakan acara yang tidak boleh ditinggalkan bagi pencinta buku dan pembaca di Malaysia serta Asia Tenggara dengan dijangkakan 1.5 juta pengunjung akan hadir ke pesta buku yang diadakan selama 10 hari
Sementara itu, turut diadakan Pesta Buku Hybrid PBAKL edisi ke-4 bersama platform e-dagang Shopee dan aplikasi TikTok bagi mereka yang tidak hadir secara fizikal dan #BookTokMalaysia yang dilaksanakan di TikTok yang kini telah mencapai 1.3 billion tontonan juga dapat menambahkan keterujaan para pencinta buku.
Pada majlis ini IKIMfm diwakili Pengurus Berita Radio, Maslina Alias; Muhammad Zafri Othman; Ahmad Zuriyad Ahmad Zukiman dan Nurulasyiqin Azman.
Sebelum ini acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 akan diadakan diĀ Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan secara dalam talianĀ pada 24 Mei hingga 2 Jun ini.