PENCARIAN BAKAT
PENERBIT/ PENYAMPAI RANCANGAN RADIO
(CONTRACT FOR SERVICE) IKIMfm
MAKLUMAT SESI UJI BAKAT
18 Julai 2026 (Sabtu)
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Pendaftaran: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi Uji Bakat & Temu Duga: Bermula jam 9.30 pagi hingga selesai
Dewan Persidangan IKIM
Penting
Pendaftaran calon hanya dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Calon yang hadir selepas jam 11.00 pagi tidak akan didaftarkan.
Bilangan calon yang akan menjalani ujibakat adalah terhad berdasarkan kapasiti dan penilaian awal panel.
Terhad kepada 100 orang terawal
Adakah anda mempunyai minat yang mendalam dalam dunia penyiaran, penerbitan kandungan radio dan media digital?
IKIMfm mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, kreatif dan berinspirasi tinggi untuk menyertai Sesi Uji Bakat Terbuka (Open Audition) bagi mengisi jawatan Penerbit / Penyampai Rancangan Radio (Contract for Service).
Sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIMfm, anda akan bertanggungjawab merancang dan menerbitkan kandungan radio, menyediakan skrip, menjalankan penyelidikan kandungan, menyelaras tetamu, mengendalikan siaran secara langsung serta menghasilkan kandungan digital.
Selain itu, calon yang berjaya juga akan bertugas sebagai Penyampai Radio mengikut keperluan operasi siaran IKIMfm.
SKOP TUGAS
Antara tanggungjawab utama jawatan ini ialah:
- Merancang, menerbit dan menyelaras rancangan radio.
- Menyediakan skrip serta membuat penyelidikan kandungan.
- Menyelaras tetamu, menyediakan pengisian program dan memantau operasi siaran berjalan lancar.
- Mengendalikan siaran langsung dan rakaman program radio.
- Menghasilkan kandungan untuk platform digital dan media sosial IKIMfm.
- Bertugas sebagai Penyampai Radio mengikut keperluan operasi siaran.
SYARAT KELAYAKAN
Calon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang Komunikasi, Penyiaran, Media Massa, Kewartawanan, Pengajian Islam atau bidang yang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu serta penguasaan Bahasa Inggeris yang memuaskan.
- Berminat dalam bidang penyiaran radio, penerbitan kandungan dan media digital.
- Mempunyai suara yang jelas, sebutan yang baik, personaliti yang menarik serta mampu berinteraksi dengan pendengar secara profesional.
- Berkeyakinan mengendalikan siaran langsung (live), rakaman program radio serta bersedia bertugas sebagai penyampai radio dan acara lapangan.
- Mempunyai kemahiran asas dalam penyediaan skrip, penyelidikan kandungan, penyelarasan tetamu dan pengurusan program.
- Berpengetahuan mengenai isu semasa, perkembangan masyarakat serta mempunyai kefahaman yang baik terhadap nilai dan prinsip Islam.
- Kreatif, proaktif, mampu bekerja secara berkumpulan serta bersedia bekerja mengikut jadual operasi radio termasuk pada hujung minggu atau cuti umum apabila diperlukan.
- Mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi pejabat, platform media sosial serta teknologi digital yang berkaitan dengan penerbitan kandungan.
- Pengalaman dalam bidang penyiaran, podcast, media digital, pengacaraan atau penerbitan kandungan merupakan satu kelebihan. Walau bagaimanapun, graduan baharu yang mempunyai potensi dan minat juga dialu-alukan untuk memohon.
KAEDAH PEMILIHAN
Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi uji bakat terbuka (Open Audition) yang merangkumi:
- Ujian komunikasi dan pengucapan;
- Bacaan skrip atau simulasi penyampaian radio;
- Penilaian kreativiti dan idea kandungan;
- Penilaian personaliti penyiaran.
- Temu duga bersama panel penilai.
- Penilaian kesesuaian calon dengan budaya kerja serta aspirasi IKIMfm.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Calon dikehendaki membawa:
- Resume ringkas;
- Salinan sijil akademik berkaitan; dan
- Kad Pengenalan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Jawatan ini adalah Contract for Service (CFS) tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh IKIM.
- Calon hendaklah hadir berpakaian kemas dan profesional.
- Sebarang perubahan lokasi atau maklumat berkaitan sesi ujibakat akan dimaklumkan melalui platform media sosial rasmi IKIMfm.