Zon Larangan Dron Berhampiran Lapangan Terbang Di Britain Diperluas Sehingga 5 KM

LONDON, 20 Februari – Mulai bulan depan zon larangan terbang untuk dron berhampiran lapangan terbang di Britain akan diperluas sejauh lima kilometer.

Langkah itu bagi mengelakkan sebarang gangguan seperti mana yang berlaku di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick baru-baru ini.

Kementerian Pengangkutan berkata dalam satu kenyataan, zon larangan sebelum ini adalah sejauh satu kilometer dan peraturan terbaru itu akan berkuatkuasa pada 13 Mac.

Pihak kementerian juga sedang merangka undang-undang baharu untuk memberi kuasa kepada pegawai polis memeriksa individu yang “disyaki menggunakan dron dengan niat jahat.”

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top