YAB Dato’ Sri Najib Razak Sah Hadiri Malam Wartawan Malaysia 2017

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Malam Wartawan Malaysia 2017 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dijadual berlangsung pada 21 April 2017 bertujuan untuk menyampaikan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengesahkan kehadiran sebagai tetamu kehormat.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Encik Mohd Shahrir bin Hj Mohd Aripin kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya menerusi sepucuk surat bertarikh 31 Januari 2017.

Kehadiran Dato’ Sri Mohd Najib mengekalkan tradisi bahawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri secara berselang seli menjadi tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia.

Tahun lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan kalangan wartawan selaku tetamu kehormat.

Majlis anjuran MPI ierupakan majlis tahunan diadakan khusus dalam memberi pengiktirafan kepada karya-karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun dipertandingkan. Malam Wartawan Malaysia pertama kali diadakan pada 17 September 1981.

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm