Wujudkan UTC Mini Di Stesen MRT

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Kerajaan disaran mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini di stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang kurang jumlah pengguna.

Langkah tersebut termasuk menyediakan kaunter perkhidmatan agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ahli Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun berkata, kewujudan UTC mini dapat menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan kecil.

Di samping itu, ujar beliau, ia merupakan strategi serampang dua mata di mana rakyat mendapat kemudahan dan nilai tambah daripada hasil pembangunan MRT.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.