Wujudkan SOP Pencemaran Kimia Babitkan Sekolah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi lain untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kesan pencemaran sisa kimia yang menjejaskan sekolah.

Ketika menggulung usul menjunjung kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat,  Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata pihak terbabit ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jelas beliau , SOP berkenaan akan digunakan sekiranya kes pencemaran kimia seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, berulang.

Dalam perkembangan lain Dr  Maszlee memberi jaminan tiada penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dilakukan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam proses perbincangan menawarkan kursus peringkat sarjana dan kemungkinan ijazah doktor falsafah (PhD) pada masa depan sambil menambah  kementerian juga akan menaik taraf kampus IPG yang daif membabitkan bangunan dan kuarters pelajar.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top