Washington Saman Facebook dan Google

WASHINGTON, 5 Jun – Pihak Washington bertindak menyaman Facebook Inc dan Google milik Alphabet Inc kerana melanggar undang-undang kempen kewangan negeri selepas gagal mengemukakan pembeli iklan pilihan raya.

Peguam Negara, Bob Ferguson mengatakan beliau bakal mengenakan tindakan dan injuksi terhadap syarikat terbabit kerana gagal mengemukakan perbelanjaan iklan negeri sejak 2013.

Facebook berharap dapat menyelesaikan tuntutan itu segera selepas memperkenalkan aplikasi untuk orang ramai melihat pembeli iklan politik di laman sosial itu.

Google turut berikrar mewujudkan arkib dalam talian untuk mana-mana iklan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top