Wanita Islam Disaran Tampil Ke Hadapan

LONDON, 6 Disember – Wanita Islam perlu tampil kehadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan potensi, memanfaatkan bakat dan keupayaan keusahawanan agar dapat melihat kemajuan  jangka panjang yang tulen dalam masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.

Beliau turut berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah menyatakan perkara itu pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.