Wanita Berperanan Penting Sebagai Ahli Masyarakat

BANGI, 10 Mac – Golongan wanita di Malaysia memainkan peranan penting sebagai isteri, ibu dan ahli masyarakat, kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan wanita di Malaysia supaya menjaga diri masing-masing dengan baik terutamanya dari aspek kesihatan.

Katanya selepas menyampaikan hadiah pada pertandingan akhir Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Siti Hasmah Ali (Hascup) di Kolej Keris Mas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambah Dr Siti Hasmah sebagai mesej sempena Hari Wanita Sedunia itu golongan wanita Malaysia perlu cergas, boleh berfikiran dengan waras, sihat dan berpendidikan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top