Wan Azizah Pengerusikan Mesyuarat Ke-14 Majlis Antara Kerajaan MOST

PARIS, 19 Mac – Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan Sesi ke-14 Majlis Antara Kerajaan (IGC) Biro Pengurusan Transformasi Sosial Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (MOST) yang antara agenda utamanya ialah mengemaskinikan pelan tindakan MOST.

Sesi itu yang berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di sini, turut dihadiri 35 negara anggota UNESCO, termasuk Perancis, Slovakia, Argentina, Ethiopia dan Arab Saudi.

Dalam kenyataan pembukaannya pada sesi itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata Biro MOST telah membincangkan pelan tindakan itu secara terperinci semalam, dengan mengambil kira, antara lain, input daripada Jawatankuasa Penasihat Saintifik MOST, dan beberapa anggota Biro yang telah memberikan beberapa cadangan berguna untuk menambah baik kandungannya.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top