Wakaf Di Institusi Pendidikan Masih Terus Berkembang

SERDANG, 11 Oktober – Pelaksanaan wakaf di institusi pendidkan telah melakar sejarah yang panjang dan sangat gemilang.

Dalam konteks di Malaysia, wakaf di institusi-institusi pendidikan mula ditubuhkan dan berkembang sejak kemasukan Islam ke Tanah melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia terbukti apabila pelbagai bentuk dan kaedah pelaksanaan wakaf di institusi pendidkan tradisional terus berkembang sehingga  ke hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

Seminar selama sehari itu diadakan bertujuan menyebarluaskan kesedaran dan kefahaman dan tadbir urus terbaik wakaf dalam kalangan pegawai pengurusan wakaf institusi pendidikan agar lebih produktif, telus dan cekap.

Ujar Datuk Dr Mujahid  lagi pihak pengurusan wakaf institusi pendidikan juga perlu memiliki halatuju yang jelas, selain bersedia dengan langkah-langkah startegik yang komrehensif dalam menghadapi  pelbagai cabaran pengurusan wakaf.

Dalam perkembangan lain, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan beliau menasihatkan agar Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad agar memastikan penganjuran pesta arak Oktoberfest di Kuala Lumpur  tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Datuk Dr Mujahid enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta arak yang berasal dari Jerman itu, namun menggesa umat Islam supaya tidak menyertainya.

Beliau memberitahu demikian ketika ditanya pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.