Ulama Arab Saudi Meninggal Dunia Dalam Tahanan

DUBAI, 21 Januari – Ulama terkenal Arab Saudi meninggal dunia selepas lima bulan berada dalam tahanan, kata keluarga dan aktivisi, di tengah peningkatan kritikan ke atas rekod hak asasi manusia negara itu susulan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Ahmed al-Amari, yang sebelum ini berkhidmat sebagai dekan Universiti Islam di Madinah, dipindahkan ke hospital kerajaan awal bulan ini selepas mengalami pendarahan otak, kata kumpulan hak ALQST yang beribu pejabat di London dan aktivis lewat kelmarin.

Anak lelaki Amari, Abdullah, mengesahkan kematian bapanya menerusi Twitter dan berkata solat jenazah dilakukan tengah hari semalam.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top