Turki tahan 90 disyaki anggota militan PKK

ANKARA, 9 Oktober – Turki menahan 90 orang kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan,

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, operasi dilakukan di lapan wilayah dalam usaha untuk mengekang aktiviti anggota PKK dan operasi itu masih berjalan.

Bagaimanapun, pihak kementerian tidak segera mendedahkan identiti semua tahanan.

Parti Demokratik Pro-Rakyat Kurdish (HDP) pada Ahad lalu berkata, seramai 140 orang ahlinya ditahan dalam tempoh tiga hari dan penahanan itu dikatakan bermotif politik.

Kerajaan Turki menyalahkan HDP yang mempunyai kaitan denga PKK, sebuah organisasi pengganas yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat (AS), Turki dan Kesatuan Eropah.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.