Turki Mudahkan Warga Asing Dapat Hak Kerakyatan

ANKARA 19 September – Warga asing di Turki kini lebih mudah untuk menjadi rakyat negara ini selepas kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hari ini mengurangkan kriteria pelaburan dan kewangan yang diperlukan untuk menjadi warganegara Turki.

Warga asing kini hanya memerlukan deposit AS$500,000  dollar dalam bank-bank Turki berbanding AS$3 juta dollar sebelum ini manakala pelaburan kewangan tetap dikurangkan dari AS$2 juta dollar kepada AS$500,000.

Sementara itu, individu boleh memperoleh hak kerakyatan jika mempunyai seramai 50 kakitangan, kurang daripada 100 orang sebelum ini.

Dekri yang diumumkan Erdogan itu adalah beberapa siri dekri yang dilancarkannya untuk meningkatkan nilai matawang lira ekoran kelembapan ekonomi sejak kebelakangan ini.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.