Turki Bantah Ancaman Serangan Ke Atas Idlib

NEW YORK, 12 September – Turki pada Selasa menyuarakan bantahan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan satu ancaman serangan ke atas Idlib, kubu kuat terakhir pemberontak di negara yang terjejas akibat peperangan iaitu Syria,

Persoalan sama ada melancarkan serangan atau sebaliknya ke atas daerah Idlib adalah satu isu utama yang mencetuskan perbezaan pendapat di satu sidang kemuncak di Tehran minggu lepas membabitkan Rusia, Iran dan Turki.

Rusia dan Iran mencadangkan satu pilihan  ketenteraan manakala Turki, yang menyokong beberapa kumpulan pembangkang di Idlib, Syria, membantah cadangan itu.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ingin memelihara kawasan itu dan menggesa agar satu gencatan senjata diumumkan dengan segera dan sepenuhnya di bahagian barat laut Syria.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.