Turki akan dedah pembunuhan Khashoggi

ISTANBUL, 23 Oktober – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk mendedahkan misteri pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, setelah Riyadh menyatakan tidak tahu di mana mayat mangsa dan Putera Mohammed Salman sendiri tidak sedar jika terdapat operasi membunuhnya.

Kenyataan pemimpin Turki itu dikeluarkan selepas Arab Saudi menjelaskan Khashoggi dibunuh di dalam kawasan diplomatik mereka di Istanbul.

Erdogan, yang belum lagi menuduh Arab Saudi sebagai bertanggungjawab ke atas kes berkenaan, telah berbual melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan telah bersetuju memperjelaskan pembunuhan tersebut.

Erdogan dijangka membuat kenyataan penuh pada Selasa ini.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.