Tuntutan Insurans Kebakaran California AS$9 Bilion Dollar

LOS ANGELES, 13 Disember – Tuntutan insurans disebabkan kebakaran besar di California baru-baru ini sudah mencecah AS$9 bilion dollar.

Kebakaran itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh, memusnahkan 19,000 kediaman dan premis perniagaan, kata Pesuruhjaya Insurans Negeri, Dave Jones, semalam.

Angka tuntutan insurans itu membabitkan kebakaran di tiga tempat yang diberi nama ‘Camp Fire’, ‘Woolsey Fire’ dan ‘Hill Fire’.

Pada masa sama, angka berkenaan belum muktamad dengan pengumuman pihak berkuasa negeri bahawa operasi pembersihan daripada kebakaran itu akan memakan kos sekurang-kurangnya AS$ 3bilion  dollar lagi.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.