Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia Yang Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuatkuasa pada 4 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh IKIM menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur

Tun Ahmad Sarji merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai pengalaman luas dan cemerlang dalam menerajui pelbagai badan kerajaan dan organisasi di dalam sektor awam, korporat, agama, pendidikan, budaya dan sukan mulai dari  tahun 1961 sehingga kini. Pada tahun 2018 beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam.

Menurut kenyataan itu lagi, Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman pula dilantik sebagai Naib Pengerusi IKIM berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan antara lain merupakan Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin (Syariah) di Jabatan Peguam Negara Malaysia.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top