Tsunami: Al-Quran ditemui dalam keadaan sempurna

SULAWESI, 9 Oktober – Lebih seribu mangsa mungkin masih hilang, rumah musnah, selepas bencana tsunami pemusnah di Indonesia.

Namun para sukarelawan menemukan senaskah al-Quran yang masih sempurna.

Memetik Facebook Shaheirascarf, dalam kesibukan mencari mayat dalam timbunan sampah dan bangunan, dikatakan sukarelawan menemukan senaskah al-Quran masih sempurna dan tiada cacat celanya.

Rata-rata netizen memuji kebesaran ALLAH SWT dan menyatakan ianya keajaibanNya.

Bandar Palu di pulau Sulawesi musnah, selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami yang memusnahkan banyak rumah serta menghanyutkan kenderaan namun al-Quran itu tetap masih baharu dan tidak dikotori lumpur.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.