Trump Iktiraf Kedaulatan Israel Terhadap Bukit Golan Pada Isnin

BAITULMAQDIS, 24 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menandatangani perintah mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Washington, pada hari ini.

Demikian  menurut Menteri Luar Israel  Yisrael Katz.

Pada Khamis lalu, Trump sekali lagi melanggar persefahaman antarabangsa sejak sekian lama dengan menyatakan AS patut mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap kawasan strategik itu yang dirampas negara Zionis terbabit daripada Syria pada Perang Enam Hari pada 1967.

Bagaimanapun, beliau tidak menjawab sama ada akan mengeluarkan perintah untuk pengiktirafan itu.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top