TPM Singapura Berada Di Putrajaya Sampaikan Perutusan PM Lee Kepada Tun Mahathir

SINGAPURA, 1 Januari – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada 31 Dis 2018 untuk menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan pertanyaan media mengenai mesyuarat dua hala antara Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan perutusan tersebut.

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata hari ini bahawa ruang udara adalah satu daripada isu yang dibincangkan dalam pertemuan antara Dr Mahathir dan Teo di Putrajaya pada Isnin.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top