Tingkatkan Kawalan Keselamatan Di Kawasan Perumahan

KOTA KINABALU, 15 Januari – Pasukan keselamatan digesa agar meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perumahan di negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata ini bagi memastikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan di Telipok Ahad lepas tidak berulang.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata ibu bapa juga perlu menjaga anak-anak mereka.

Beliau menyatakan perkara itu ketika mengulas kejadian seorang lelaki dianggarkan berusia 30-an menjadikan kanak-kanak berusia dua tahun tebusan dengan mengacukan pisau pada lehernya di tingkat 4 pangsapuri di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Lelaki itu kemudian ditembak mati oleh polis selepas enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top