Tiada rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Tiada rombakan Kabinet dalam masa terdekat termasuk selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Justeru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baharu sebagai berita palsu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 yang berlangsung di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang di ibu negara.

Selain itu, Tun Dr Mahathir mengeaskan bahawa barisan Kabinet beliau ketika ini akan dikekalkan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top