Tiada rakyat Malaysia hilang susulan gempa terbaru di Nepal

KATHMANDU, 13 Mei : Tiada rakyat Malaysia yang hilang atau tidak dapat dihubungi selepas gempa bumi melanda Nepal, semalam, menurut Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berhubung kehilangan rakyat Malaysia di Nepal atau tidak dapat dihubungi dan tiada kes berkaitan daripada pihak berkuasa Nepal membabitkan warganegara Malaysia,” katanya.

Pemangku Duta Besar Malaysia ke Nepal, Fadli Adilah, berkata setakat ini, tiada laporan diterima mengenai individu warganegara Malaysia yang hilang.

Susulan kejadian gempa bumi terbaru yang melanda Nepal pada Selasa, Kedutaan Malaysia akan ditutup pada Rabu.

“Operasi kami dan pejabat Kedutaan akan ditutup hari ini. Kami akan cuba membuka pejabat, esok,” kata kenyataan itu dan menambah ia bergantung pada situasi pada Rabu.

Gempa bermagnitud 7.4 Richter menggegarkan Nepal semalam dengan pusat gempa di Dolkha, kira-kira 100 kilometer ke timur Kathmandu, diikuti 15 gegaran kecil. Setakat ini, gempa itu mengorbankan 60 orang. Pada 25 April lalu, Nepal dilanda gempa 7.9 pada skala Richter ,yang mengorbankan lebih 8,000 orang.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top