Tiada Kesan Adib Ditarik Keluar Secara Paksa

SHAH ALAM, 26 Mac – Seorang pakar perubatan forensik berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa daripada van bomba dinaikinya dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas.

Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur berkata sekiranya seseorang ditarik keluar secara paksa, sering kali akan terdapat kecederaan kesan genggaman pada bahagian ditarik.

Ketika menjawab soalan pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah pada prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib, beliau juga berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa baju atau bahagian kolar pakaian anggota bomba itu ditarik.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top