Tiada individu dipengaruhi fahaman radikal bolos ke dalam negara

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan tiada individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan berjaya bolos masuk ke negara ini sekiranya maklumat awal dikongsi kepada agensi berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata, maklumat yang diberi pelbagai pihak khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu penting sehingga membawa penahanan kepada individu-individu berkenaan.

“Walaupun Jabatan Imigresen tidak mempunyai kuasa untuk menahan individu-individu berkenaan,tetapi kami bekerjasama erat dengan PDRM dan setakat ini tiada yang bolos sekiranya kami mempunyai maklumat awal,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan Bakat Ekspatriat Malaysia (MyXpats Centre), di sini hari ini.

Sumber UTUSAN ONLINE


Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my