TERKINI: Pesawat EgyptAir terhempas di luar pesisir Greece

ATHENS, 19 Mei – Pesawat penerbangan EgyptAir yang hilang daripada skrin radar dalam perjalanan Paris ke Kaherah, hari ini, dilaporkan terhempas di laut dekat sebuah pulau bahagian selatan Greek di Karpathos ketika berada dalam ruang udara Mesir.

Perkembangan itu diumumkan sumber jabatan penerbangan Greece kepada AFP.

“Pada kira-kira 0029 GMT (3:29 pagi) apabila ia berada di ruang udara Mesir sebelum kapal terbang itu hilang dari radar Greece.

“Ia terhempas sekitar 130 batu nautika dari pulau Karpathos,” menurut sumber itu.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top