Tentera Jangan Campur Urusan Politik – Mahkamah Agung Pakistan

ISLAMABAD, 6 Februari – Mahkamah tertinggi Pakistan memberi amaran kepada tentera dan agensi risikan, semalam, supaya tidak melampaui mandat dan campur tangan dalam hal politik.

Peringatan itu dilihat sebagai sindiran terhadap cara tunjuk perasaan pro Islam pada 2017 dikendalikan.

Bagaimanapun, tentera menafikan tuduhan terbabit.

Mahkamah Agung menyiasat tunjuk perasaan Faizabad yang menyaksikan kumpulan pro Islam melumpuhkan ibu negara Islamabad dengan menuduh seorang menteri murtad.

Siasatan itu turut melihat peranan beberapa agensi keselamatan termasuk kaedah mereka menamatkan kebuntuan menerusi rundingan.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top