Teknologi Risha, Rumah Tahan Gempa

JAKARTA, 12 September – Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan pembangunan rumah dengan struktur tahan gempa di Nusa Tenggara Barat (NTB).

Menteri PUPR, Basuki Hadimuljono dalam Mesyuarat Tindakan Lanjut untuk Menangani Gempa Bumi NTB di Jakarta berkata  kementerian terbabit telah menghantar 400 jurutera muda di kesemua lokasi terbabit untuk membantu masyarakat membangunkan rumah tahan gempa.

Difahamkan, sejumlah rumah dengan teknologi risha telah dibangunkan di wilayah itu pada 2010 dan ia masih berada dalam keadaan baik selepas siri gempa yang melanda Pulau Lombok.

Sementara itu, Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Willem Rampangilei memaklumkan jumlah kerugian akibat kemusnahan insfrastruktur di Nusa Tenggara Barat mencecah 10.1 trilion rupiah (RM2.8 bilion) dan dana sebanyak 8 trilion rupiah (RM2.2 bilion) diperlukan untuk pembangunan semula di wilayah itu.

Di bidang pendidikan, sebanyak 1,194 sekolah mengalami kerosakan yang mana 75 peratus daripadanya adalah sekolah rendah.

Selain kemusnahan infrastruktur, siri gempa itu turut memberi impak besar kepada sektor pelancongan, pertanian dan perikanan.

Sumber Akurat.co

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.